girls do make boys cry

>> Monday, July 6, 2009


salu nya kita dengar orang cakap perempuan kuat menangis kalau mereka berpisah dengan kekasih mereka. namun mereka tidak akan menangis lama dan mampu meneruskan hidup seperti biasa. apa pula kisah lelaki menangis ditinggal kekasih? pendapat mengatakan bahawa lelaki yang menangis ditinggalkan kekasih akan mengalami masalah sepanjang hidup mereka.

ini cenderung berlaku kerana lelaki selalunya sanggup melakukan apa sahaja untuk pasangan mereka. tidak seperti yang kita lihat dikaca televisyen yang selalu mengisahkan lelaki bermain wanita. itu memang sudah lumrah alam. namun secara realitinya, ramai lelaki yang "cinta mati" dengan kekasih mereka. kekasih yang dimaksudkan ialah pasangan yang telah lama bercinta.

masalah yang selalunya timbul kepada mereka selalunya mental. mereka selalu memikirkan kekasih lama mereka sehingga mereka tidak mampu membuat apa apa selain merenung jauh dan menangis. pada mereka dalam lingkungan usia 18 - 28 yang menangis ditinggalkan kekasih mempunyai potensi besar tidak berkahwin atau berpasangan lagi setelah berpisah.

namun masalah mereka mampu dipulihkan namun terpaksa mengambil masa yang lama kerana kebanyakan mereka sudah tidak mampu untuk mempercayai sesiapa lagi terutama sekali wanita. ahli keluarga mereka yang wanita pun sesetengah di antara mereka yang tidak percaya. hanya kepercayaan sahaja yang mampu mengubat mereka.


by
RUSY

0 comments: